Tuesday, 27 September 2011

BIJAK MEMILIH MAKANAN

Bijak Memilih Makanan-Dipetik dari:Jakim


Bagaimanakah kehidupan anda sekarang? Sentiasa sibuk?, berkejaran merebut bas untuk menghadiri kelas dan kuliah, mengejar waktu untuk berlatih bernasyid,  berlumba-lumba ke perpustakaan untuk mendapat buku rujukan yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan? Untuk melaksanakan segala kewajipan dan tugasan memerlukan banyak tenaga. Dan untuk mendapatkan tenaga itu anda perlu bijak memilih makanan.

Dalam kesibukan kehidupan seharian begitu mungkin anda tiada masa untuk menyediakan makanan. Apatah lagi jika anda tidur lewat dan tiada masa untuk bersarapan di rumah. Sarapan sangat penting untuk memulakan hidup anda.

Jangan abaikan sarapan. Anda boleh sediakan sandwic pada sebelah malam: roti (gunakan roti wholemeal) disapu sedikit margarine, diberi isi telur rebus yang dihancurkan bersama potongan mentimun, daun salad, dan hirisan tomato serta dituang sedikit sos tomato atau sos cili. Sebagai pilihan lain boleh juga anda buat sandwic keju, atau sandwic sardin. Bawalah sarapan ini ke tempat kerja bersama minuman jus buah atau sirap limau untuk makanan seimbang. Sarapan ini akan memberi anda tenaga untuk beberapa jam.

Jika anda  tiada masa membuat sandwic, maka pilihan yang terbuka ialah membeli sarapan. Pada zaman sekarang sarapan dijual di merata tempat: nasi lemak, mi hun goreng, mi goreng, nasi dagang, lontong, roti canai.  Kiranya bahan santan dalam masakan akan membuat anda mengantuk, maka elakkan daripada membeli makanan yang mempunyai santan sebagai bahan masakannya.

Mungkin anda memilih nasi empit dengan kuah kacang. Kuah kacang ini mempunyai zat lemak yang tinggi tetapi kaya dengan magnesium dan zink. Apabila membeli mi goreng, pastikan makanan itu mempunyai sayur – sawi atau kobis – dan protein seperti daging, telur, dan kalsium seperti kerang, dan hidupan laut ( sotong, udang).

Ada masanya anda berasa lapar dan mahu makan snek atau sesuatu sementara menantikan waktu makan tengah hari. Jika anda makan nasi lemak sebungkus sebagai sarapan, maka pilihlah snek yang agak ringan untuk dikunyak sementara menantikan waktu rihat tengah hari. Mengunyak kacang mungkin menjadi pilihan anda. Kacang, pistachio, cashew membekalkan nutrisi penting. Anda perlu makan secara amat bersederhana jika anda suka kacang yang masin. Kacang ini kaya dengan zat lemak dan akan menambahkan berat anda.
Jika boleh, cuba elakkan snek dalam coklat dan croissant kerana makanan ini merupakan snek yang tinggi zat lemaknya. Snek begini cepat meningkatkan tahap gula dalam darah, dan tahap itu juga akan jatuh dengan cepat yang akan membuat anda berasa lemah, penat, dan lapar semula.

Makanan tengah hari mungkin menjadi agenda sangat penting jika anda merasakan bahawa anda tidak perlu makan pada waktu malam. Pastikan makanan tengah hari anda berlandaskan karbohidrat – nasi, roti wholemeal, pasta, mi, laksa. Bersama makanan berkarbohidrat itu iringkan dengan sayur-sayuran dan salad termasuk ulam-ulaman untuk menjaminkan kecergasan anda pada hari itu.

Diet yang seimbang akan membekalkan tenaga dan nutrisi yang anda perlukan untuk menjalankan satu kehidupan yang cergas sehari semalam. Diet yang seimbang terdiri daripada lima kumpulan makanan: Roti, kentang, dan bijirin; buah-buahan dan sayur-sayuran; daging dan ikan; susu dan makanan tenusu; lemak dan gula.

Sebaik-baiknya anda makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.  Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai nutrisi yang sangat tinggi kerana kaya dengan vitamin, terutamanya vitamin A, C, dan E; juga kaya dengan zat galian (mineral) seperti kalsium, magnesium dan potassium dan zat besi. Makanan ini juga kaya dengan antioksidan yang dapat menjauhkan anda dari barah tertentu dan penyakit jantung. Banyak buah-buahan dan sayur-sayuran mengandung phytochemical yang menjaga anda daripada diserang penyakit, selain tugasnya memberi warna kepada makanan.

Buah-buahan dan sayur-sayuran tidak mengandung lemak, sangat rendah kandungan kalorinya, dan merupakan sumber serat yang baik. Seelok-eloknya anda makan kira-kira 400 g (14 aun) buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Anda boleh pilih sama ada hendak makan buah-buahan dan sayur-sayuran itu dalam bentuk segarnya, dimasak atau secara mentah, dalam tin, atau yang sudah dikeringkan, atau sebagai jus.

Anda perlukan kalsium dalam bentuk minuman susu, keju atau dadih tiga kali sehari.  Tulang anda menggunakan kalsium secara berterusan untuk tumbesaran baru sehingga anda berusia 25-30 tahun. Pada usia ini densiti (kepadatan)tulang sampai kepada puncaknya. Anda memerlukan tulang yang kuat dan sihat. maka itu masukkan dalam agenda harian anda untuk berjalan cepat, berlari, berjoging untuk membina tulang yang kuat dan sihat.

Untuk mengatasi rasa lemah, anda perlukan zat besi. Makanlah makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging merah, ikan berminyak seperti sardin, tuna, telur, sayur-sayuran berdaun hijau, hati, kacang.

Anda juga perlukan vitamin C. Buah-buahan citrus seperti limau dan sayur-sayuran amat baik sebagai sumber antioksidan yang dapat menjauhkan anda daripada penyakit. Apabila anda berada di luar rumah, di padang, di tepi sungai kerana memancing, di tapak pesta, pastikan anda sering minum jus buah untuk memastikan tahap vitamin C anda pada tahap stabil. Minuman jus buah ini juga dapat melawan kesan asap rokok yang menghakis nutrisi anda.

Sepanjang hari (kecuali dalam bulan Ramadan) pastikan anda sering meneguk air, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Sebaik-baiknya air mineral, atau air jarang – air masak.

Tidak mahu makan malam? Jika benar-benar tidak rasa lapar, elok juga makan sedikit – sekeping dua biskut, minuman jus buah sambil membaca atau menonton televisyen. Dan sebelum tidur, minum secawan susu suam supaya badan jadi selesa dan dapat tidur lena.

Bagaimana dengan menu pada hujung minggu? Mungkin anda berasa amat letih setelah bersekolah dan ke kuliah juga bekerja selama lima hari dan berazam mahu membayar hutang tidur, dan mahu berehat sepanjang hari. Dengan azam itu anda mungkin bangkit pagi untuk solat subuh dan kemudian kembali berlingkar di katil. Mungkin anda tidak menghiraukan sarapan. Yang penting ialah tidur dan rehat.

Jika sarapan terlepas, maka pastikan anda dapat menikmati brunch iaitu breakfast + lunch yang sebaiknya pada hujung minggu itu. Pola jenis makanannya sama iaitu wajar berlandaskan lima kumpulan makanan asas. Pastikan ada karbohidrat, protein, sayur-sayuran, buah-buahan. Jika terlalu letih untuk memasak, boleh menggoreng nasi atau menggoreng mi dengan memanfaatkan makanan daripada lima kumpulan makanan asas itu.

Seboleh-bolehnya jangan berharapkan kepada coklat sebagai hidangan brunch untuk tenaga semerta. Coklat memang enak tetapi tenaga yang diberikan hanya untuk sementara kerana anda akan berasa lemah dan lapar semula dengan cepat.   

Sebelum anda keluar untuk mengejar bas, elok minum dulu sedikit jus buah untuk menambahkan tahap vitamin C anda itu. Semoga hidup anda ceria dan cergas bertenaga dengan bijak memilih makanan.

PZSTINGRAY: Makanan adalah perlu sebagai kesenimbungan kehidupan tapi anda adalah apa yang anda makan.

HADAPI MASALAH DENGAN BIJAK

Hadapi Masalah Dengan Bijak-Dipetik dari: Jakim


Setiap individu baik remaja, dewasa atau orang tua, sudah semestinya pernah menghadapi masalah dalam hidup. Kata orang hidup tanpa masalah bukan hidup namanya. Berlegar dari masalah yang paling besar hinggalah masalah yang paling kecil, semuanya tetap dinamakan masalah. Cuma masalah yang dihadapi oleh seseorang itu berbeza. Bagaimana cara untuk mengatasinya juga adalah juga satu masalah. Namun hakikatnya setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Biasanya sebelum masalah itu selesai kita akan berasa sangat tertekan, hampir putus asa kerana tidak tahan menghadapinya.

Antara masalah yang wujud di persekitaran kita ialah  masalah kemiskinan, kehilangan orang tersayang, masalah cinta, pertengkaran dengan ibu bapa, corot dalam peperiksaan serta beribu-ribu masalah lagi. Masalah juga boleh menyumbang kepada masalah yang lain, contohnya masalah remaja yang tidak tahan dengan leteran ibubapanya boleh membawa remaja itu kepada masalah lepak, pergaulan bebas, dirogol, diculik dan juga mungkin dibunuh. Masalah yang kecil apabila tidak ditangani dengan baik boleh membawa kepada mudarat yang amat besar.

Setiap hari kita tidak akan terlepas dilanda dengan masalah, sekiranya bukan kita yang bermasalah, orang lain pula yang mendatangkan masalah. Oleh itu kita perlu bersedia menghadapi permasalahan tersebut dan cuba mencari kaedah untuk mengatasinya. Sempena kedatangan bulan Ramadhan dan Syawal yang mulia ini, mari kita renung sejenak apa sebenarnya maksud setiap masalah itu, kaedah untuk mengatasinya serta panduan menghadapi masalah dengan tenang.

UJIAN IMAN
Masalah sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan dan ketakwaan kita terhadap-Nya. Sebab sebagai manusia kita sering terlupa serta lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah apabila hidup kita sentiasa dilimpahi kesenangan dan kemewahan. Lebih-lebih lagi ketika usia remaja, hidup penuh dengan keseronokan dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru walaupun perkara itu jelas haram di sisi agama dan menyalahi undang-undang dunia, contohnya mengambil dadah dan hanyut dengan maksiat, dengan adanya ujian seperti ini, ia akan kembali mengingati  apakah hidup kita selama ini mengikuti peraturan atau landasan yang telah ditetapkan oleh Allah ataupun telah jauh menyimpang.

Setiap masalah, kesukaran, kesakitan dan apa jua yang menyeksa jiwa adalah merupakan ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana iman kita. Iman perlu kepada ujian. Ini jelas sebagaimana maksud firman Allah  :

"Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja  mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta."  ( al-Ankabut: 2 - 3)
DARJAT DI SISI ALLAH
Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai ‘kifarah’ dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Allah juga tidak menduga hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah:286 yang bermaksud“ Allah tidak membebankan  seseorang melainkan dengan kesanggupannya”.

Oleh itu  sekiranya kita berhadapan dengan masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar dan setkan dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka."  ( at-Taubah: 111)

CARA MENGATASI MASALAH

1.Sandarkan Harapan Pada Allah
 Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nasyrah ayat 1hingga 8 yang antara lain maksudnya “ …Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan….”

"Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya
kepada-Nya aku bertawakal."( At-Taubah: 129)

2.Minta Pertolongan Dari Allah
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." ( al-Baqarah: 45) 

3.Jangan Sedih dan Kecewa
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." ( al-Imran:139)

Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, lihat maksud firman Allah di bawah:

...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”( Yusuf : 12)

4.Luahkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang kamu tanggung.

5.Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah.

PZStingray: Ujian yang datang  juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.



BAG:HBAG008


Bag buatan Vietnam dengan motif abstract manik.
Warna: Merah
Material: Suede
Penutup: Zip
Poket: Ada
Handle: Tali bahu
Saiz: 38 x 36 cm
HARGA: RM39.00

BAG:HBAG007


Bag buatan Vietnam dengan motif abstract manik.
Warna: Purple
Material: Suede
Penutup: Zip
Poket: Ada
Handle: Tali bahu
Saiz: 38 x 36 cm
HARGA: RM39.00

BAG:HBAG006

CODE: HBAG006
Material: PU
Warna: Hijau
Berat: 700g
Panjang: 30cm
Lebar: 30cm
Tinggi: 25cm
Handle: 24cm
Poket: Ada
Penutup: Zip
HARGA: RM59.00

BAG:HBAG005


CODE: HBAG005
Material: Kulit tiruan
WarnaPink
Lining: Kain
Berat: 500g
Panjang: 30cm
Lebar: 15cm
Tinggi: 20cm
Poket: Ada
Penutup: Zip
HARGA: RM39.00

BAG:HBAG004


CODE: HBAG004
Material: Kulit tiruan
Warna: Tompok Cokelat
Berat: 300g
Panjang: 30cm
Lebar: 7cm
Tinggi: 20cm
Poket: Ada
Penutup: Zip
**Ada tali panjang
HARGA: RM39.00