Tuesday, 27 September 2011

BIJAK MEMILIH MAKANAN

Bijak Memilih Makanan-Dipetik dari:Jakim


Bagaimanakah kehidupan anda sekarang? Sentiasa sibuk?, berkejaran merebut bas untuk menghadiri kelas dan kuliah, mengejar waktu untuk berlatih bernasyid,  berlumba-lumba ke perpustakaan untuk mendapat buku rujukan yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan? Untuk melaksanakan segala kewajipan dan tugasan memerlukan banyak tenaga. Dan untuk mendapatkan tenaga itu anda perlu bijak memilih makanan.

Dalam kesibukan kehidupan seharian begitu mungkin anda tiada masa untuk menyediakan makanan. Apatah lagi jika anda tidur lewat dan tiada masa untuk bersarapan di rumah. Sarapan sangat penting untuk memulakan hidup anda.

Jangan abaikan sarapan. Anda boleh sediakan sandwic pada sebelah malam: roti (gunakan roti wholemeal) disapu sedikit margarine, diberi isi telur rebus yang dihancurkan bersama potongan mentimun, daun salad, dan hirisan tomato serta dituang sedikit sos tomato atau sos cili. Sebagai pilihan lain boleh juga anda buat sandwic keju, atau sandwic sardin. Bawalah sarapan ini ke tempat kerja bersama minuman jus buah atau sirap limau untuk makanan seimbang. Sarapan ini akan memberi anda tenaga untuk beberapa jam.

Jika anda  tiada masa membuat sandwic, maka pilihan yang terbuka ialah membeli sarapan. Pada zaman sekarang sarapan dijual di merata tempat: nasi lemak, mi hun goreng, mi goreng, nasi dagang, lontong, roti canai.  Kiranya bahan santan dalam masakan akan membuat anda mengantuk, maka elakkan daripada membeli makanan yang mempunyai santan sebagai bahan masakannya.

Mungkin anda memilih nasi empit dengan kuah kacang. Kuah kacang ini mempunyai zat lemak yang tinggi tetapi kaya dengan magnesium dan zink. Apabila membeli mi goreng, pastikan makanan itu mempunyai sayur – sawi atau kobis – dan protein seperti daging, telur, dan kalsium seperti kerang, dan hidupan laut ( sotong, udang).

Ada masanya anda berasa lapar dan mahu makan snek atau sesuatu sementara menantikan waktu makan tengah hari. Jika anda makan nasi lemak sebungkus sebagai sarapan, maka pilihlah snek yang agak ringan untuk dikunyak sementara menantikan waktu rihat tengah hari. Mengunyak kacang mungkin menjadi pilihan anda. Kacang, pistachio, cashew membekalkan nutrisi penting. Anda perlu makan secara amat bersederhana jika anda suka kacang yang masin. Kacang ini kaya dengan zat lemak dan akan menambahkan berat anda.
Jika boleh, cuba elakkan snek dalam coklat dan croissant kerana makanan ini merupakan snek yang tinggi zat lemaknya. Snek begini cepat meningkatkan tahap gula dalam darah, dan tahap itu juga akan jatuh dengan cepat yang akan membuat anda berasa lemah, penat, dan lapar semula.

Makanan tengah hari mungkin menjadi agenda sangat penting jika anda merasakan bahawa anda tidak perlu makan pada waktu malam. Pastikan makanan tengah hari anda berlandaskan karbohidrat – nasi, roti wholemeal, pasta, mi, laksa. Bersama makanan berkarbohidrat itu iringkan dengan sayur-sayuran dan salad termasuk ulam-ulaman untuk menjaminkan kecergasan anda pada hari itu.

Diet yang seimbang akan membekalkan tenaga dan nutrisi yang anda perlukan untuk menjalankan satu kehidupan yang cergas sehari semalam. Diet yang seimbang terdiri daripada lima kumpulan makanan: Roti, kentang, dan bijirin; buah-buahan dan sayur-sayuran; daging dan ikan; susu dan makanan tenusu; lemak dan gula.

Sebaik-baiknya anda makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.  Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai nutrisi yang sangat tinggi kerana kaya dengan vitamin, terutamanya vitamin A, C, dan E; juga kaya dengan zat galian (mineral) seperti kalsium, magnesium dan potassium dan zat besi. Makanan ini juga kaya dengan antioksidan yang dapat menjauhkan anda dari barah tertentu dan penyakit jantung. Banyak buah-buahan dan sayur-sayuran mengandung phytochemical yang menjaga anda daripada diserang penyakit, selain tugasnya memberi warna kepada makanan.

Buah-buahan dan sayur-sayuran tidak mengandung lemak, sangat rendah kandungan kalorinya, dan merupakan sumber serat yang baik. Seelok-eloknya anda makan kira-kira 400 g (14 aun) buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Anda boleh pilih sama ada hendak makan buah-buahan dan sayur-sayuran itu dalam bentuk segarnya, dimasak atau secara mentah, dalam tin, atau yang sudah dikeringkan, atau sebagai jus.

Anda perlukan kalsium dalam bentuk minuman susu, keju atau dadih tiga kali sehari.  Tulang anda menggunakan kalsium secara berterusan untuk tumbesaran baru sehingga anda berusia 25-30 tahun. Pada usia ini densiti (kepadatan)tulang sampai kepada puncaknya. Anda memerlukan tulang yang kuat dan sihat. maka itu masukkan dalam agenda harian anda untuk berjalan cepat, berlari, berjoging untuk membina tulang yang kuat dan sihat.

Untuk mengatasi rasa lemah, anda perlukan zat besi. Makanlah makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging merah, ikan berminyak seperti sardin, tuna, telur, sayur-sayuran berdaun hijau, hati, kacang.

Anda juga perlukan vitamin C. Buah-buahan citrus seperti limau dan sayur-sayuran amat baik sebagai sumber antioksidan yang dapat menjauhkan anda daripada penyakit. Apabila anda berada di luar rumah, di padang, di tepi sungai kerana memancing, di tapak pesta, pastikan anda sering minum jus buah untuk memastikan tahap vitamin C anda pada tahap stabil. Minuman jus buah ini juga dapat melawan kesan asap rokok yang menghakis nutrisi anda.

Sepanjang hari (kecuali dalam bulan Ramadan) pastikan anda sering meneguk air, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Sebaik-baiknya air mineral, atau air jarang – air masak.

Tidak mahu makan malam? Jika benar-benar tidak rasa lapar, elok juga makan sedikit – sekeping dua biskut, minuman jus buah sambil membaca atau menonton televisyen. Dan sebelum tidur, minum secawan susu suam supaya badan jadi selesa dan dapat tidur lena.

Bagaimana dengan menu pada hujung minggu? Mungkin anda berasa amat letih setelah bersekolah dan ke kuliah juga bekerja selama lima hari dan berazam mahu membayar hutang tidur, dan mahu berehat sepanjang hari. Dengan azam itu anda mungkin bangkit pagi untuk solat subuh dan kemudian kembali berlingkar di katil. Mungkin anda tidak menghiraukan sarapan. Yang penting ialah tidur dan rehat.

Jika sarapan terlepas, maka pastikan anda dapat menikmati brunch iaitu breakfast + lunch yang sebaiknya pada hujung minggu itu. Pola jenis makanannya sama iaitu wajar berlandaskan lima kumpulan makanan asas. Pastikan ada karbohidrat, protein, sayur-sayuran, buah-buahan. Jika terlalu letih untuk memasak, boleh menggoreng nasi atau menggoreng mi dengan memanfaatkan makanan daripada lima kumpulan makanan asas itu.

Seboleh-bolehnya jangan berharapkan kepada coklat sebagai hidangan brunch untuk tenaga semerta. Coklat memang enak tetapi tenaga yang diberikan hanya untuk sementara kerana anda akan berasa lemah dan lapar semula dengan cepat.   

Sebelum anda keluar untuk mengejar bas, elok minum dulu sedikit jus buah untuk menambahkan tahap vitamin C anda itu. Semoga hidup anda ceria dan cergas bertenaga dengan bijak memilih makanan.

PZSTINGRAY: Makanan adalah perlu sebagai kesenimbungan kehidupan tapi anda adalah apa yang anda makan.

HADAPI MASALAH DENGAN BIJAK

Hadapi Masalah Dengan Bijak-Dipetik dari: Jakim


Setiap individu baik remaja, dewasa atau orang tua, sudah semestinya pernah menghadapi masalah dalam hidup. Kata orang hidup tanpa masalah bukan hidup namanya. Berlegar dari masalah yang paling besar hinggalah masalah yang paling kecil, semuanya tetap dinamakan masalah. Cuma masalah yang dihadapi oleh seseorang itu berbeza. Bagaimana cara untuk mengatasinya juga adalah juga satu masalah. Namun hakikatnya setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Biasanya sebelum masalah itu selesai kita akan berasa sangat tertekan, hampir putus asa kerana tidak tahan menghadapinya.

Antara masalah yang wujud di persekitaran kita ialah  masalah kemiskinan, kehilangan orang tersayang, masalah cinta, pertengkaran dengan ibu bapa, corot dalam peperiksaan serta beribu-ribu masalah lagi. Masalah juga boleh menyumbang kepada masalah yang lain, contohnya masalah remaja yang tidak tahan dengan leteran ibubapanya boleh membawa remaja itu kepada masalah lepak, pergaulan bebas, dirogol, diculik dan juga mungkin dibunuh. Masalah yang kecil apabila tidak ditangani dengan baik boleh membawa kepada mudarat yang amat besar.

Setiap hari kita tidak akan terlepas dilanda dengan masalah, sekiranya bukan kita yang bermasalah, orang lain pula yang mendatangkan masalah. Oleh itu kita perlu bersedia menghadapi permasalahan tersebut dan cuba mencari kaedah untuk mengatasinya. Sempena kedatangan bulan Ramadhan dan Syawal yang mulia ini, mari kita renung sejenak apa sebenarnya maksud setiap masalah itu, kaedah untuk mengatasinya serta panduan menghadapi masalah dengan tenang.

UJIAN IMAN
Masalah sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan dan ketakwaan kita terhadap-Nya. Sebab sebagai manusia kita sering terlupa serta lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah apabila hidup kita sentiasa dilimpahi kesenangan dan kemewahan. Lebih-lebih lagi ketika usia remaja, hidup penuh dengan keseronokan dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru walaupun perkara itu jelas haram di sisi agama dan menyalahi undang-undang dunia, contohnya mengambil dadah dan hanyut dengan maksiat, dengan adanya ujian seperti ini, ia akan kembali mengingati  apakah hidup kita selama ini mengikuti peraturan atau landasan yang telah ditetapkan oleh Allah ataupun telah jauh menyimpang.

Setiap masalah, kesukaran, kesakitan dan apa jua yang menyeksa jiwa adalah merupakan ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana iman kita. Iman perlu kepada ujian. Ini jelas sebagaimana maksud firman Allah  :

"Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja  mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta."  ( al-Ankabut: 2 - 3)
DARJAT DI SISI ALLAH
Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai ‘kifarah’ dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Allah juga tidak menduga hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah:286 yang bermaksud“ Allah tidak membebankan  seseorang melainkan dengan kesanggupannya”.

Oleh itu  sekiranya kita berhadapan dengan masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar dan setkan dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka."  ( at-Taubah: 111)

CARA MENGATASI MASALAH

1.Sandarkan Harapan Pada Allah
 Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nasyrah ayat 1hingga 8 yang antara lain maksudnya “ …Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan….”

"Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya
kepada-Nya aku bertawakal."( At-Taubah: 129)

2.Minta Pertolongan Dari Allah
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." ( al-Baqarah: 45) 

3.Jangan Sedih dan Kecewa
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." ( al-Imran:139)

Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, lihat maksud firman Allah di bawah:

...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”( Yusuf : 12)

4.Luahkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang kamu tanggung.

5.Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah.

PZStingray: Ujian yang datang  juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.



BAG:HBAG008


Bag buatan Vietnam dengan motif abstract manik.
Warna: Merah
Material: Suede
Penutup: Zip
Poket: Ada
Handle: Tali bahu
Saiz: 38 x 36 cm
HARGA: RM39.00

BAG:HBAG007


Bag buatan Vietnam dengan motif abstract manik.
Warna: Purple
Material: Suede
Penutup: Zip
Poket: Ada
Handle: Tali bahu
Saiz: 38 x 36 cm
HARGA: RM39.00

BAG:HBAG006

CODE: HBAG006
Material: PU
Warna: Hijau
Berat: 700g
Panjang: 30cm
Lebar: 30cm
Tinggi: 25cm
Handle: 24cm
Poket: Ada
Penutup: Zip
HARGA: RM59.00

BAG:HBAG005


CODE: HBAG005
Material: Kulit tiruan
WarnaPink
Lining: Kain
Berat: 500g
Panjang: 30cm
Lebar: 15cm
Tinggi: 20cm
Poket: Ada
Penutup: Zip
HARGA: RM39.00

BAG:HBAG004


CODE: HBAG004
Material: Kulit tiruan
Warna: Tompok Cokelat
Berat: 300g
Panjang: 30cm
Lebar: 7cm
Tinggi: 20cm
Poket: Ada
Penutup: Zip
**Ada tali panjang
HARGA: RM39.00

BAG:HBAG003


CODE: HBAG003
Material: PU
WarnaPutih
Lining: Kain
Berat: 660g
Panjang: 42cm
Lebar: 8cm
Tinggi: 35cm
Handle: 20cm
Poket: Ada
Penutup: Magnetik
HARGA: RM49.00

BAG:HBAG002


CODE: HBAG002
Material: PU
WarnaCoffee Brown 
Berat: 600g
Panjang: 42cm
Lebar: 8cm
Tinggi: 35cm
Handle: 20cm
Poket: Ada
Penutup: Magnetik
HARGA: RM49.00

BAG:HBAG001


CODE: HBAG001
Material: Plaid Fabric
Warna: Hitam
Berat: 580g
Panjang: 32cm
Lebar: 8cm
Tinggi: 34cm
Handle: 23cm
Poket: Ada termasuk poket handphone
Penutup: Magnetik
HARGA: RM49.00

Friday, 5 August 2011

101 IMPIAN SAYA

1
Mengerjakan haji dgn pakej mewah bersama suami, ibu & ibu mertua
2
Semua hutang2 pinjaman bank hapus
3
Semua hutang2 Credit Card hapus
4
Menjual Kereta Citroen Xsara 1.6 saya
5
Mempunyai kereta Peugeot 407 3.0L warna merah plat 66
6
Mempunyai kereta Citroen C6 warna Silver plat 99
7
Memiliki kondominum duplex  dengan perabut mewah di KL
8
Memiliki  villa mewah di Goldcoast Sepang, Selangor
9
Memiliki  kondo hujung minggu dengan perabut mewah di Pantai Tengah, Langkawi
10
Memiliki rumah dengan perabut mewah di Chester, UK
11
Memiliki rumah dengan perabut mewah di Edinburgh, Scotland
12
Memiliki rumah dengan perabut mewah di Freemantle, Western Australia
13
Memiliki deretan kedai di Putrajaya yang disewa
14
Mempunyai simpanan wang RM6 Juta di bank
15
Mempunyai simpanan Emas RM1Juta di bank
16
Mempunyai simpanan Tabung Haji RM1 Juta
17
Mempunyai simpanan ASB RM500,000
18
Investment saya di Mutual Fund ada RM1 Juta
19
Menambahkan insuran saya di Prudential Fund
20
Menginap di resort termahal di dunia,  Nygard Cay Beach Resort, New Providence, Bahamas.
21
Menginap di bilik hotel termahal di dunia, Grand Resort Lagonissi, Athens, Greece
22
Menginap di Hotel Burj Al Arab, Dubai
23
Menginap di Sripala Resort & Spa,  Sanur, Bali
24
Merasai semula kenikmatan cheese sandwich paling sedap di Chester,UK
25
Menyediakan bilik mewah dengan tempat istirehat & bermain untuk kucing2 saya
26
Membeli katil mewah di Harrod, London untuk kucing2 saya
27
Mengerjakan umrah bersama suami, ibu & ibu mertua setiap tahun
28
Mempunyai iPAD terbaru
29
Mempunyai Laptop Mac terbaru
30
Melancung ke seluruh Eropah
31
Melancung ke Morocco & Spain bersama suami
32
Melancung ke Russia bersama suami
33
Melancung ke Krabi, Thailand bersama suami & menginap di Pilanta Spa Resort
34
Meneroka seluruh ceruk Scotland dgn Scot Rail
35
Melancung ke Greece bersama suami
36
Melancung ke Scandinavia bersama suami
37
Melawat salah satu tpt tercantik dunia, Bora-Bora Island di French Polynesia
38
Melihat & merasai keindahan bunga2 tulip berkembang di Keukenhof Park, Holland
39
Berkunjung semula ke Lake District, UK & menginap di sana
40
Perniagaan online internet saya meletup-letup
41
Jualan pakej2 pelancungan saya meletup-letup
42
Semua sales saya laku meletup-letup
43
Menghadiri Seminar Platinum Dr Azizan
44
Menyambung semula kelas Reiki saya
45
Recharge diri dengan menghadiri seminar2 Dr Azizan
46
Mempunyai koleksi2 handbag original mewah Fendi, Prada & Loewe
47
Mempunyai koleksi2 original jam tangan mewah  Fendi, Baume & Mercier, Hermes & Patek Philippe
48
Mempunyai pelbagai koleksi Puteh Rizalman Ibrahim
49
Membuat rawatan Spa setiap bulan di Dewi Sri Spa, Marriott Hotel Putrajaya
50
Mempelajari diving & certified dengan PADI
51
Menerima jemputan menghadiri majlis keramaian di rumah DAO
52
Bertemu & mempelajari tip2 kejayaan dari idola saya, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
53
Bertemu & bergambar dengan idola saya, Oprah Winfrey
54
Bertemu & bergambar dengan pelakun pujaan saya, Sean Connery
55
Bertemu & bergambar dengan travel host kegemaran saya, Samantha Brown
56
Bertemu & bergambar dengan Chef idola saya, Nigella Lawson
57
Muncul dalam rancangan Take Home Chef bersama Chef Curtis Stone
58
Bertemu dengan Queen Rania dari Jordan
59
Melawat kilang Benefit Cosmetic di San Francisco, USA
60
Membuka rumah kebajikan orang2 tua bercirikan Islam di Ipoh
61
Meneroka & memahami setiap pelosok negara di Indochina
62
Memiliki MAS Gold Enrich Card
63
Segala percutian saya dalam\luar negara menaiki Business Class
64
Menggunakan Flight SIA A380-800 (Business Class Upper Deck)
65
Ditemukan semula dengan kawan rapat, Za dari Terengganu
66
Menginap di semua hotel-hotel 5\6x di KL\Selangor pada setiap bulan
67
Membuat kerja2 sukarela di luar negara
68
Merasai menjaga kumpulan biri-biri sambil menikmati keindahan ladang luas di New Zealand
69
Memegang Penguin di luar Malaysia
70
Menikmati semula keenakan seafood di Fisherman's Wharf, San Francisco,USA
71
Menikmati sunset di satu tpt yang terindah di dunia, jauh dari hiruk pikuk kota
72
Melawat ke tempat saya membesar di Ipoh & menghulur dana di sana
73
Mempunyai pemandu peribadi
74
Mendapat lesen menunggang motosikal
75
Boleh membetulkan kesilapan seseorang tanpa perlu rasa serba salah
76
Mahu adik lelaki sembuh 100% dari Tyroid Cancer
77
Mahu pakcik sembuh  100% dari penyakit buah pinggang
78
Sedekah haji untuk arwah bapa
79
Sedekah haji untuk arwah datuk2 & nenek2 saya
80
Menghadiahkan kereta Mercedes Benz CLS 63 V8 plat 9669 kepada suami saya
81
Menghadiahkan kereta Proton Saga FL plat 69 kepada ibu saya
82
Menghadiahkan jam tangan mewah Breitling kpd suami saya
83
Menghadiahkan pakej melancung ke Mesir 6H5M kepada ibu & adik2 saya bersama keluarga mereka
84
Melawat sambil menghulur bantuan kpd masyarakat Champa di Cambodia setiap 6 bulan
85
Mengubahsuai rumah ibu di Ipoh dengan perabut2 baru
86
Menghadiahkan pakej umrah kepada makcik2 saya & suami mereka
87
Memberi bantuan kewangan tetap setiap bulan kepada 10 buah rumah2 kebajikan
88
Memberi bantuan kewangan tetap setiap bulan kepada Mercy
89
Memberi bantuan kewangan tetap setiap bulan kepada MAKNA
90
Mempunyai tanah di Selangor untuk membuka pusat kebajikan bagi semua kucing2 terbiar
91
Memberi dana kepada Orang Utan Sanctuary, Sepilok Sarawak
92
Memberi dana kepada SPCA, Selangor
93
Memberi dana kepada WWF, Malaysia
94
Sponsor 6 orang kurang kemampuan membuat umrah setiap tahun
95
Sponsor 10 orang anak angkat dari rumah kebajikan sehingga mereka tamat belajar
96
Menghadiahkan 60 komputer dengan pemasangan pada 6 rumah anak-anak yatim setiap tahun
97
Menyediakan tanah wakaf besar atas nama arwah bapa, untuk tanah perkuburan di Ipoh
98
Mempunyai dana tabungan untuk membantu orang2 yang memerlukan
99
Mencari semua saudara-mara saya yang susah untuk memberi bantuan kepada mereka
100
Menghantar anak2 saudara yang masih bersekolah mengikuti seminar2 motivasi DAO
101
Menunaikan impian anak2 saudara yang masih sekolah


PZStingray: Impian ini adalah untukku gapai bg memberi kepuasan diriku & mereka di sekeliling. Ya Allah yang Maha Kaya,Pemurah,Pengasih...ini doaku.