Wednesday, 27 July 2011

BERWUDUK HILANGKAN RASA MARAH

Pernahkah anda marah kerana disakiti atau berasa hati? Sifat marah yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kerosakan. Marah memang sifat semulajadi manusia, berpunca daripada keadaan tidak adil, disindir, dihina, dituduh bukan2, diperalat, difitnah & diancam kehilangan sesuatu yang berharga.
Jika kita berhadapan dengan orang sedang marah, cubalah hadapi dengan langkah berikut:

  • Beri peluang orang sedang marah itu bercakap atau meluahkan terlebih dahulu punca kemarahannya.
  • Ketika berhadapan dengan individu yang sedang marah, jangan menyampuk atau merendahkannya.
  • Kaji punca kemarahannya & cuba atasi. Jika berpunca dari kesilapan kita, mintalah maaf daripadanya.
  • Cubalah bertanya beberapa soalan bagi membantu menyelesaikan masalahnya. Terima kemarahannya dengan tenang.

Cara mengatasi marah dalam Isalam ialah:

  • Mengubah posisi. Rasulullah s.a.w. bersabda"Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Keraha hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Muslim)
  • Berwuduk. Rasulullah s.a.w. bersabda"Marah itu datangnya daripada syaitan & syaitan itu diciptakan daripada api sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk" (Hadis Riwayat Abi Daud)
  • Minum air.
  • Mendiamkan diri ketika marah.
  • Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
  • Meluahkan perasaan & masalah dalam keadaan masa & tempat sesuai.
  • Berfikiran positif.
  • Belajar menyampaikan kemarahan secara positif & terhormat: mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.
  • Bawa bertenang seperti menarik nafas.
  • Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.
PZStingray: Kemarahan tanpa batasan boleh membunuh & menghancurkan kehidupan.

No comments:

Post a Comment