IDEA PEMASARAN oleh Dr Azizan Osman:Jurulatih Kejayaan #1 Malaysia
1. EMAIL
Mengirimkan email kepada pelanggan anda & memberikan panduan, tips atau memberikan perkembangan terkini tentang produk atau perkhidmatan anda akan membuatkan mereka tertunggu2 berita daripada anda.
2. TINGKATKAN IMEJ ANDA, PERNIAGAAN ATAU KEDAI ANDA
Pelanggan suka berurusan dengan mereka yang sentiasa nampak baru, segar, terkini & ceria.
3. SMS PELANGGAN ANDA
Apa perasaan anda sekiranya setiap tahun, kedai kek berdekatan dengan rumah anda mengirimkan sms 1 hari sebelum harijadi anda & paling awal mengucapkan selamat harijadi serta menawarkan voucher diskaun pembelian kek kepada anda? Sistem Sms yang bagus dapat membantu anda untuk memprogramkan sistem automatik dengan nama pelanggan bagi menghantar sms dengan lebih efektif.
4. SENTIASA TERSENYUM & TERUJA
Ya, ini adalah penting kerana pelanggan suka berurusan dengan mereka yang memberikan mereka tenaga positif. Pastikan anda juga boleh buat pelanggan tersenyum & teruja selepas berjumpa dengan anda\berurusan dengan anda. Mereka akan ingat & kongsikan dengan orang lain secara percuma.
5. MAKSIMAKAN JENAMA (BRANDING) MENGGUNAKAN ALATULIS PERNIAGAAN
Letakkan nama syarikat\perniagaan anda serta kepakaran anda di atas semua letter head, envelope, Kad Hari Raya, Sampul Duit Raya, T-shirt\uniform syarikat atau di alatulis spt pen yang tertera jenama syarikat anda. Ia cara mudah untuk menyampaikan mesej kepada orang lain tentang perniagaan anda & anda dilihat seperti syarikat "besar punya."
6. MINTA & GUNAKAN TESTIMONIAL PELANGGAN
Manusia lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang mendapat pengalaman yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan anda.
7. GUNAKAN FORUM DI INTERNET
Sekiranya anda ingin menambahkan database pelanggan yang datang ke laman web anda, luangkan masa 1 jam seminggu untuk menjawab email atau solan di forum yang ada kaitan dengan anda atau perniagaan anda.
8. BERIKAN HADIAH PERCUMA YANG LAIN DARI YANG LAIN
Berikan sesuatu yang berbeza seperti seluar dalam dengan logo syarikat anda, topi Santa Claus atau sabun yang mereka akan mandi bersama "anda".
9. RAKAMLAN VIDEO ANDA DI YOUTUBE
Rakamkan produk anda di Youtube & jangan lupa link pada laman sosial.
10.BERIKAN KAD DISKAUN & VOUCHER PERCUMA
Ini adalah cara paling mudah untuk membuat pelanggan setia kepada anda. Ini juga cara untuk menunjukkan yang anda menghargai mereka.
PZStingray: I am a great marketeer...
No comments:
Post a Comment