JIWA DAMAI JIKA KERJA SEPENUH HATI-Dipetik dari Mingguan Wanita
Dalam bekerja, ada individu yang bekerja dengan kebijaksanaan & pengetahuan yang mereka miliki. Malah tidak kurang juga yang bekerja atas bantuan orang lain. Bagaimanapun, semua itu tidak menjamin bahawa mereka dapat menikmati sepenuhnya pekerjaan yang dilakukan sehingga dia mampu bekerja dengan sepenuh hati. Selain dapat menikmati apa yang dilakukan, hasil kerja dengan perasaan sepenuh hati juga biasanya membuahkan hasil yang sangat menguntungkan.
1. Tetapkan tujuan. Sebenarnya banyak tujuan yang anda temui sewaktu bekerja. Selain soal wang, secara tidak langsung pekerjaan yang dilakukan memberi pengalaman, kedudukan & pelbagai tujuan lain. Bagaimanapun dalam situasi persaingan perniagaan yang semakin mencabar disebabkan pelbagai krisis, mereka yang bekerja digerakkan oleh tujuan2 mulia yang lahir dari hati nurani sehingga mampu bertahan & memperoleh kejayaan dalam pekerjaan.
2. Menemui kepuasaan. Kepuasaan kewangan, kerjaya & kepuasan lain yang bersifat fizikal tidak ada penghujungnya sehingga acap kali membuat orang lain lupa diri serta terjebak dalam pelbagai penyelewengan dalam perniagaan sehingga akhirnya menimbulkan kepuasaan dalaman atau hati akan membawa seseorang untuk melakukan sesuatu kerja dengan cara yang benar & aman.
3. Bekerja dengan hati. Halangan paling besar dalam melaksanakan dalam sesuatu pekerjaan adalah keadaan mental hati anda. Kurang perhatian, mengalah sebelum bertindak, ‘bad mood’ & pelbagai gangguan mental lain yang membuatkan sesorang menjadi lemah sekali gus menghalang mereka untuk mencapai kejayaan.
4. Bekerja dengan sepenuh jiwa. Apa jua pekerjaan yang dilakukan dengan sepenuh hati, jiwa & raga mewujudkan perasaan damai di hati. Selain itu, sebagai pekerja anda juga perlu sentiasa focus & serius dalam usaha menghasilakn kerja yang terbaik & bermutu. Ini kerana nikmat kejayaan sebenar biasanya diraih oleh mereka yng bekerja dengan sepenuh hati, jiwa & raganya.
PZStingray: Damaikan hati dengan cuba menyayangi pekerjaan anda walaupun bukan itu yang anda impikan, percayalah hidup pasti lebih bahgia & kepuasan tercipta.
No comments:
Post a Comment