Tuesday, 14 June 2011

JAGA KEBERKATAN REZEKI:Dr Tengku Asmadi

JAGA KEBERKATAN REZEKI: Motivasi Diri dari Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad (Dipetik dr Harmoni, Mei 2011)

Dalam hidup ini semua orang perlu mencari rezeki apabila sudah sampai usia & waktunya. Rezeki yang dicari itu pula boleh denga pelbagai cara sama ada baik atau buruk. Tepuk dada tanyalah iman. Tuntutan hidup & kos saraan yang semakin tinggi memerlukan setiap daripada kita melakukan lebih daripada satu pekerjaan bagi menampung perbelanjaan harian. Bagi mereka yang malas melakukan lebih dari satu kerja mula memikirkan cara yang lebih cepat untuk menambah pendapatan spt pecah amanah, menipu & rasuah. Walaupun cara itu salah, demi keseronakan & janji dunia, mereka sanggup & berani melakukannya.

Yang penting dalam mencari rezeki, bukannya berapa banyak yang kita dapat tetapi sebaliknya adakah keberkatan dalam rezeki itu? Apabila rezeki tidak berkat, ujian datang bertimpa2. Ada ketikanya Allah menguji seseorang itu bagi menaikkan darjat & martabatnya tetapi ada ketikanya pula sebagai satu pengajaran & bala baginya.


KESAN REZEKI BERKAT:
1. Kita sentiasa cukup dengan rezeki yang diperolehi malah berlebihan. Jika rezeki kita berkat, maka Allah akan cukupkan keperluan kita.
2. Akhlak & perilaku suami, isteri & anak2 hebat. Banyak masalah sosial nak2 & perceraian berlaku hasil dari rezeki yang tidak berkat. Apabila rezeki itu berkat, ia akan dapat dilihat melalui akhlak anak2 yang positif & perilaku mereka yang cemerlang.
3. Mudah menjaga solat & melakukan ibadah lain seperti haji & umrah. Apabila rezeki yang diperoleh itu berkat, hati kita bersih & minda kita tenang.
4. Orang di sekeliling suka kita. Apabila rezeki kita berkat, semua orang sayang kita. Sebab kita suka belanja mereka & menghulurkan sedekah & bantuan. Orang suka dekati kita kerana mereka dapat rasakan keikhlasan & aura positif yang terpancar dari dalam diri kita.
5. Orang suka datang rumah & menziarahi kita. Rumah kita bagaikan magnet. Ada saja saudara, kenalan atau jiran yang mengunjungi kita.Mereka yang datang itu akan bawa pahala & pulangnya mereka akan menghapuskan dosa2 kita. Malah rezeki pula bertambah murah & ada saja yang kita perolehi tanpa disangka2.
6. Anak2 cemerlang dalam pelajarannya. Apabila rezeki itu berkat, jiwa & minda anak2 juga bersih. Jiwa & minda yang bersih membolehkan mereka tumpu pada pelajaran & apa yang dipelajari itu pula mudah faham & lekat dalam kepala.
7. Doa yang makbul. Keberkatan rezeki membuatkan permohonan & doa kita dimakbulkan oleh-Nya. Nabi Muhammad s.a.w. memang menegaskan bahawa antara faktor yang menghalang makbulnya doa itu adalah makanan dari sumber yang haram.


Kita perlu faham rezeki yang berkat bukan saja bermakna bebas dari rasuah atau wang diperoleh daripada aktiviti haram. Ada ketikanya sikap curi tulang, tidak amanah dalam kerja, tidak mencapai kualiti kerja, malas & sebagainya boleh menyumbang dalam mencari rezeki, maka lakukan dengan ikhlas, bersungguh2 & amanah.

PZStingray: Kita harus percaya rezeki perlu di cari, bukan menunggu namun carilah rezeki yang berkat..insyaalah

No comments:

Post a Comment