1. Jadikan matlamat mencari keuntungan nombor DUA selepas menetapkan keyakinan kepada Allah bahawa berniaga ini adalah landasan untuk membangunkan ummah & member alternatif kepada pengguna Islam. Dengan ini segala perjuangan anda tidak sia2 malahan mendapat pahala berkali ganda kerana niat utama anda adalah untuk perjuangan ke jalan yang benar.
2. Sifat-sifat terpuji. Jujur, bercakap benar, melayan pelanggan dengan santun & sebagai salah satu teras dalam kehidupan anda. Segala komen & rungutan daripada pelanggan puladiambil kira sebagai penambah baikan untuk bisnis anda.
3. Jauhi perkara terlarang. Perkara buruk seperti menipu, mengambil keuntungan sehingga menindas adalah antara yang harus di jauhi. Elakkan menindas dengan meletakkan harga yang tinggi, lebih2 lagi produk tersebut sukar didapati di pasaran sehingga tiada pilihan & terpaksa membeli daripada anda.
4. Bekerja keras. Bekerja keras disarankan dalam Islam untuk memajukan perniagaan anda & is juga disarankan oleh hadis spt “Apabila telah ditunaikan solat maka bertebaranlah kamu di di muka bumi ini & carilah rezeki & ingatlah Allah banyak2 supaya kamu beruntung” (QS. Al-Jumuah:10)
5. Tunaikan tanggungjawab. Walau sesibuk manapun anda, jangan meninggalkan perkara yang wajib spt solatlima waktu yang membentuk karektor & melindungi kita daripada niat untuk melakukan perkara yang tidak baik.
6. Berusaha kepada kebaikan. Sentiasa berusaha kea rah kebaikan, berdoa & bertawakal agar apa yang dijalani mendapat rahmah & barakah daripadaNYA. Jangan malu untuk sentiasa berdoa & meminta yang terbaik kerana Allah amat menyukai hambaNYA yang sentiasa berdoa kea rah kebaikan.
7. Menjauhi sikap negetif. Sikap negetif hanyalah memakan diri anda jadi buang jauh2 perkara tersebut spt dengki terhadap pesaing & sebagainya. Jadikan segala perkara ini sebagai cabaran untuk anda lebih maju dalam hidup.
8. Mendoakan ibu bapa anda. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda “Tidak akan terputus rezeki seseorang anak selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari”. Jadi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibubapamu (tidak kira masih hidup atau telah tiada). Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.
PZStingray: Wang memang amat penting jadi carilah wang yang berkat supaya bila ia mengalir ke dalam tubuh, ianya memberi seribu kesucian.
No comments:
Post a Comment